BEIJING, 28 JULAI – Pengesan jalur lebar ultra baharu bagi mengesan tanda-tanda kehidupan telah lulus ujian lapangan, lapor Harian Sains dan Teknologi pada hari ini.
Alat pengesanan terbabit didakwa mampu menembusi bahan bukan logam seperti dinding bata, panel kayu, konkrit dan tanah, kata ketua saintis bagi pemaju pengesan China Coal Technology and Engineering Group, Qi Qinjie.
Pengesan berkenaan boleh mengesan isyarat mangsa yang terselamat, seperti pernafasan dan degupan jantung dalam tempoh beberapa minit dalam jarak 30 meter, kata Qi.
Ia boleh digunakan dalam usaha menyelamat selepas kejadian gempa bumi, bencana geologi dan kemalangan tanah runtuh, lapor Xinhua. – Bernama