Sunday, December 22, 2024
21.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raffi Ahmad bantu Nunung buka kedai makan

    Semakin berjaya dalam perniagaan diusahakan, pelawak Indonesia, Nunung mendedahkan dia menerima bantuan daripada Raffi Ahmad ketika di awal pembabitannya dalam bidang berkenaan.

    Cerita Nunung atau Tri Retno Prayudati, 61, ketika itu dia hanya menjalankan perniagaan secara dalam talian sehingga Raffi menawarkan peluang membuka kedai makan sendiri.

    “Pada awalnya saya meniaga secara dalam talian dan ia menjadi tular di media sosial sehingga saya tak menang tangan kerana dapur di rumah saya kecil.

    “Masa itu saya belum mempunyai kedai, perkara ini diketahui oleh Raffi, dia suruh saya cari tempat yang bagus dan dia uruskan semuanya,” katanya.

    Dalam pada masa sama Nunung meluahkan rasa syukur kerana perniagaannya mendapat sambutan ramai.

    “Alhamdulillah, kedai dapat sambutan ramai walaupun pembukaan rasmi belum dibuat.

    “Saya berterima kasih banyak kepada Raffi kerana banyak bantu saya semasa saya sakit dan tak meminta apa-apa balasan, Raffi memang kawan sejati,” ujarnya.

    Memetik laporan mStar, perasmian kedai makan Nunung dijadualkan akan berlangsung pada pertengahan Disember nanti. – Agensi

    Nunung mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda