Monday, February 3, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raffi Ahmad miliki kekayaan RM282 juta

    Pelakon Indonesia Raffi Ahmad dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak 1.03 trilion Rupiah atau RM282 juta.

    Perkara itu didedahkan oleh Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) Indonesia selepas Raffi atau Raffi Farid Ahmad, 38, mengisytiharkan hartanya.

    Memetik laporan mStar, KPK melaporkan sumber kekayaan Raffi adalah daripada 45 bidang tanah serta memiliki bangunan di seluruh Indonesia yang dianggarkan bernilai 737 bilion Rupiah atau RM200 juta.

    Aset-aset tersebut berada di beberapa kawasan seperti Jakarta, Depok, Tangerang, Bali, Bandung dan Makassar.

    Malah aktor itu turut memiliki 23 buah kereta dan motosikal mewah yang dianggarkan bernilai 55 bilion Rupiah atau RM15 juta.

    Antara koleksi kereta pelakon berkenaan adalah Rolls Royce Phantom, Ferrari F8 Spider, Dodge SRT Hellcat, Lamborghini Aventador LP 700, Morgan Plus Six, Porsche Bettle 1303 dan 17 kenderaan lain.

    Selain itu, Raffi memiliki aset alih lain sebanyak 46.7 bilion Rupiah (RM13 juta), sekuriti 308 bilion Rupiah (RM84 juta), tunai dan setara tunai 5.3 bilion Rupiah (RM1.4 juta).

    Hampir kesemua aset berkenaan diperoleh Raffi sebelum menyertai dunia politik.

    Bagaimanapun Raffi juga mempunyai hutang yang belum dilangsaikan sebanyak 136 bilion Rupiah atau RM37 juta. – Agensi

    Raffi miliki 45 bidang tanah di Indonesia. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda