Wednesday, November 13, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raffi Ahmad tawar diri jadi emcee

    Teruja sahabat bakal berkahwin, pelakon Raffi Ahmad menawarkan diri untuk menjadi pengacara di majlis pernikahan pasangan Rizky Febian dan Mahalini secara percuma.

    Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian video di YouTube Rans Entertainment baru-baru ini.

    Dalam perkongsian itu, memetik laporan mStar, Raffi dilihat sedang berbincang dengan pasangan itu mengenai persiapan majlis mereka dan tanpa berfikir panjang terus memberikan tawaran istimewa itu sebagai hadiah pengantin.

    “Saya mahu beri kejutan buat kamu berdua, saya mahu jadi pengacara untuk majlis pernikahan awda berdua nanti,” kata Raffi.

    Sementara itu, pasangan tersebut dilihat terkejut dengan tawaran berkenaan malah tak menyangka aktor popular itu sanggup menawarkan diri menjadi pengacara majlis buat mereka secara percuma.

    “Hah serius la secara percuma ni… Tak main-main kan?” tanya Rizky Febian. – Agensi

    Raffi tawar diri jadi pengacara majlis. – Titiknol.co
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda