Sunday, March 16, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ragbi dunia mulakan undian pilih pengerusi

    PARIS, 28 APRIL – Undian untuk pengerusi Ragbi Dunia telah dibukakan kelmarin dengan penyandang bekas ketua pasukan England berusia 68 tahun, Bill Beaumont berdepan pencabar dari bekas ketua pasukan Argentina, Agustin Pichot.

    Beaumont atau Pichot, 45, mesti meraih undian majoriti iaitu sebanyak 51 undian untuk dilantik penggal empat tahun dengan keputusan bakal diumumkan pada 12 Mei. Beaumont, yang bersara 12 tahun sebelum sukan tersebut bertukar menjadi profesional pada tahun 1995 telah berkempen dengan janji untuk membukakan sukan tersebut.

    Timbalan pengerusi ketika ini, Pichot, yang bersara pada tahun 2009 selepas karier kelab di Perancis, mahu melihat badan tersebut dimodenkan dan menggunakan tanda pagar #GlobalGame dalam media sosial.- AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda