Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Rai budaya kecemerlangan UTB

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Bersempena dengan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Brunei (UTB) 2022, Majlis Anugerah UTB telah diadakan hari ini di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, juga Pengerusi Majlis UTB.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

    Dalam ucapannya, Naib Canselor UTB menjelaskan antara anugerah yang disampaikan pada majlis tersebut termasuk Anugerah Cemerlang; Anugerah Senarai Dekan; Anugerah Kegiatan Ko-kurikular atau Pasport Pencapaian Pelajar dan Anugerah Projek Tahun
    Akhir Terbaik daripada Pilihan Orang Ramai di mana satu kategori baharu turut diberikan kali ini iaitu, Anugerah Cemerlang untuk Pasca Siswazah.

    Beliau menerangkan anugerah hari ini adalah untuk meraikan dan mempromosikan budaya kecemerlangan di UTB.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah menyampaikan anugerah pada majlis yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Anugerah Cemerlang bagi Kakitangan adalah anjuran UTB kali ke-7, yang bertujuan untuk memberi ganjaran kepada kakitangan cemerlang dan memberi impak positif kepada kejayaan universiti dalam mencapai matlamat strategiknya.

    “Sukacita saya mengongsikan sedikit latar belakang mengenai Anugerah Cemerlang Kakitangan, di mana pemarkahan 90 peratus ke atas adalah untuk tahap kecemerlangan dan 80-89 peratus untuk special mention dan kriterianya adalah ketat. 

    “UTB telah menerima 34 pencalonan dan hanya 10 kakitangan sahaja yang akan menerima anugerah masing-masing.

    “Saya berharap pengiktirafan daripada UTB akan memotivasikan mereka dan juga memberi inspirasi kepada orang lain untuk memperolehnya,” kata Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah. Pada masa yang sama, beliau juga memaklumkan bahawa 105 anugerah telah disampaikan pada majlis itu, terdiri daripada 54 Anugerah Cemerlang bagi Siswazah, 43 Anugerah Senarai Dekan bagi Pelajar, lima Anugerah Ko Kurikular bagi Siswazah dan tiga Anugerah projek Tahun Akhir bagi Siswazah daripada Pilihan Orang Ramai.

    “Anugerah yang diterima oleh kakitangan, siswazah dan pelajar pada hari ini menjadikan mereka Duta UTB. 

    “Saya berharap sebagai duta, mereka akan memelihara imej universiti dan menjadi individu yang cemerlang dalam semua aspek pekerjaan serta sentiasa memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat. Kejayaan abis kita akan mencerminkan kejayaan UTB juga,” tekan Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah.

    Acara kemuncak pada majlis tersebut ialah majlis penyampaian anugerah kepada para penerima yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

    Penaja Anugerah Kecemerlangan Graduan termasuk Kedutaan Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam; Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP); Brunei LNG Sdn Bhd; McDonald’s Brunei; Hengyi Industries Sdn Bhd; Wood Sdn Bhd; Shiham Sdn Bhd; Jetwires Trading & Electrical Services; TGT Sdn Bhd; dan daripada pihak yang tidak disebutkan namanya.

    Acara kemudian diteruskan dengan penyampaian Anugerah Senarai Dekan, Anugerah Aktiviti Kokurikulum atau SAP, dan Anugerah Pilihan Orang Ramai.

    Turut hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China, Puan Yang Terutama Yu Hong; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; dan ahli-ahli Majlis UTB yang lain.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...