Monday, March 17, 2025
23.3 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Raja Calypso meninggal dunia pada usia 96 tahun

Penyanyi, pelakon dan penulis lagu, Harry Belafonte meninggal dunia pada usia 96 tahun akibat kegagalan jantung, baru-baru ini.

Bintang yang mendapat jolokan Raja Calypso selepas kejayaan lagu The Banana Boat Song pada 1956 itu menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Pamela di kediamannya di New York.

Menerusi laporan portal The New York Times, pemergian Belafonte yang juga aktivis yang memperjuangkan hak awam disahkan oleh jurucakapnya, Ken Sunshine.

Belafonte atau nama sebenarnya, Harold George Belafonte Jr dilahirkan pada 1 Mac 1927 di New York, Amerika Syarikat (AS).

Beliau bergelar pelakon filem selepas mengambil bahagian dalam muzikal Broadway Carmen Jones.

Belafonte meninggal dunia pada usia 96 tahun akibat kegagalan jantung di kedia-mannya di New York. – Agensi

Namun, sumbangan terbesarnya berlaku di luar dunia hiburan.

Belafonte juga rakan karib Martin Luther King Jr aktif dalam pergerakan hak sivil dan sering mengatur cara pergerakan hak awam.

Akibat kemiskinan, Belafonte terpaksa berhenti sekolah dan mencari kerja bagi membiayai keluarganya.

Beliau kemudian menyertai Angkatan Tentera Laut AS pada 1944, namun tidak pernah ditugaskan di medan perang.

Selepas Perang Dunia Kedua berakhir, Belafonte menceburi bidang hiburan dan menyertai kelas lakonan.

Antara rakan sekelasnya ialah Marlon Brando, Tony Curtis dan Bea Arthur.

Belafonte turut menyanyi di kelab malam dan pernah menyertai kumpulan jazz bersama Charlie Parker dan Max Roach.

Sebagai pelakon, Belafonte pernah memenangi Anugerah Tony untuk lakonannya dalam Broadway dan menjadi pelakon kulit hitam pertama memenangi anugerah Emmy pada 1959.

Pengacara popular, Oprah Winfrey antara yang terawal memperingati jasa Belafonte dan menyifatkan mendiang sebagai wira dan pelopor. – Agensi

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda