Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Farah tak merajuk

    Raja Farah selamat bersalin anak keempat

    Lama menyepikan diri daripada dunia hiburan, pelakon Raja Farah memaklumkan selamat melahirkan cahaya mata keempat pada petang Ahad.

    Farah atau Raja Farah Raja Aziz, 36, memberitahu dia selamat melahirkan seorang anak damit perempuan pada pukul 1:05 petang di sebuah pusat perubatan secara normal.

    “Saya selamat melahirkan anak damit perempuan semalam (Ahad), 9 Jun pukul 1:05 petang secara normal,” katanya.

    Farah berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram miliknya, semalam.

    Menerusi hantaran berkenaan, Farah turut memuat naik foto bersama suami dan anak-anaknya.

    Dalam pada itu, menurut laporan mStar, pelakon filem Anak Halal itu meluahkan rasa syukur dengan kelahiran cahaya mata keempatnya itu dan meminta pengikutnya mendoakan urusan berpantang dipermudahkan.

    “Syukur Ya Allah, keluarga kami sudah berenam sekarang. Doakan urusan saya berpantang dipermudahkan,” ujarnya.

    Untuk rekod, Farah mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ismail pada 6 September 2015. – Agensi

    Raja Farah teruja menambah ahli keluarga baharu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda