PHNOM PENH, 21 OGOS – Raja Kemboja Norodom Sihamoni, bersama ibunya, bekas Permaisuri Norodom Monineath Sihanouk, berlepas hari ini ke Beijing, ibu negara China, untuk pemeriksaan dan rawatan perubatan rutin.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh ialah Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen dan Duta Besar China ke Kemboja Wang Wentian serta tetamu kenamaan lain.
“Sepanjang ketiadaan saya, Samdech Say Chhum, Presiden Senat, akan menyandang gelaran pemangku Ketua Negara Kerajaan Kemboja,” katanya dalam perutusan diraja. – Xinhua