Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Salman bakal kunjungi Rusia

    MOSCOW, 2 Okt – Raja Arab Saudi Salman akan melawat Rusia pada Khamis, penolong Kremlin Yury Ushakov dipetik sebagai berkata oleh agensi berita TASS.

    “Kami sedang menunggu lawatan raja pada Khamis,” kata Ushakov hari ini, tanpa mengulas lanjut.

    Lawatan diadakan sebulan sebelum anggota kartel minyak OPEC, di mana Arab Saudi adalah pengeluar terbesar, dijangka bertemu dengan negara lain yang telah menyertai mereka dalam mengurangkan pengeluaran minyak mentah, termasuk Rusia, untuk membincang pelanjutan perjanjian yang telah membantu menaikkan harga.

    OPEC dan sekutunya bersetuju pada awal 2017 untuk mengurangkan pengeluaran mereka sebanyak 1.8 juta tong sehari selama enam bulan. Ia dilanjutkan sehingga Mac 2018.

    Perjanjian telah membantu mengurangkan kemelesetan bekalan minyak mentah di pasaran dan harga naik kepada kira-kira $55 satu tong buat masa sekarang.

    Arab Saudi dan Rusia banyak bergantung pada eksport minyak dan kemerosotan harga minyak mentah yang bermula pada 2014 menjejas kedua-dua ekonomi mereka.

    Sementara Rusia dan Arab Saudi merupakan sekutu di pasaran minyak global, mereka adalah pihak ebrtentangan dalam konflik Syria.

    Moscow menyokong rejim Presiden Bashar al-Assad sementara Riyadh menyokong pembangkang.

    Sekurang-kurangnya 3,000 orang termasuk 955 orang awam terbunuh pada September, bulan paling teruk dalam konflik tahun ini, kata pengawas Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria semalam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda