Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Saudi jalani ujian perubatan akibat jangkitan paru-paru

    RIYADH, 7 OKT – Raja Salman dari Arab Saudi menghidap jangkitan paru-paru dan menjalani ujian perubatan kelmarin, kata Mahkamah Diraja dalam kemas kini terkini mengenai kesihatan raja yang semakin tua itu.

    Raja Salman ” menjalani beberapa ujian perubatan petang kelmarin, berdasarkan saranan klinik diraja, kerana jangkitan paru-paru,” kata kenyataan yang disiarkan oleh agensi akhbar rasmi Saudi.

    Raja berusia 88 tahun itu telah menaiki takhta sejak 2015, walaupun anaknya, Mohammed bin Salman, 39, telah dilantik sebagai putera mahkota pada 2017 dan bertindak sebagai pemerintah harian.

    Arab Saudi, pengeksport minyak mentah terbesar dunia, selama bertahun-tahun berusaha untuk meredakan spekulasi mengenai kesihatan Raja Salman.

    Kesejahteraan raja jarang dibincangkan, tetapi Mahkamah Diraja mendedahkan pada Mei bahawa Baginda sedang menjalani program rawatan yang melibatkan antibiotik selepas dimasukkan ke hospital untuk ujian. Tidak lama selepas itu mereka mengumumkan bahawa Baginda telah pulih.

    Pada bulan sebelumnya Baginda dimasukkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan rutin dan keluar pada hari yang sama.

    Sebelum itu, Baginda dimasukkan ke hospital pada Mei 2022, apabila Baginda menjalani kolonoskopi dan tinggal selama lebih seminggu untuk ujian lain dan “beberapa hari untuk berehat”, lapor agensi akhbar Saudi rasmi pada masa itu.

    Baginda juga dimasukkan ke hospital pada Mac 2022 untuk menjalani apa yang digambarkan oleh media kerajaan sebagai ujian perubatan yang berjaya dan menukar bateri alat pacunya.

    Dan pada tahun 2020 Baginda menjalani pembedahan untuk membuang pundi hempedunya. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda