Tuesday, April 22, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakam foto pra-perkahwinan berkembang pesat di China

    Pasangan kekasih saling berpandangan sesama mereka di depan kamera di mana bakal pengantin perempuan memakai pakaian putih sambil memegang sejambak bunga yang cantik manakala bakal pengantin lelaki memakai sut putih, berdiri bersama-sama di atas padang hijau yang dipenuhi dengan bunga jambu merah.

    Ia kelihatan seperti dalam satu majlis perkahwinan yang indah akan tetapi sebenarnya ia adalah aktiviti foto pra-perkahwinan di mana semakin berkembang di China malah pasangan muda telah menghabiskan masa dan wang mereka bagi mendapatkan kualiti gambar yang berkualiti untuk dipaparkan dalam majlis perkahwinan mereka.

    Tetapi bagi mereka yang tidak mampu untuk melancong ke luar negara atau ke tempat-tempat menarik di China, syarikat-syarikat seperti Studio Love Story in Rome menawarkan pelbagai imej latar belakang, pakaian, aksesori dan tema-tema yang menarik serta kesemuanya tersedia di dalam satu kompleks.

    Pasangan kekasih melakukan gaya yang pelbagai di dalam studio tersebut yang terletak di Beijing di mana terdapat taman tropika, taman musim luruh, air terjun kepada langit malam yang dipenuhi bintang dan sebagainya. Jurugambar berhati-hati merakamkan gambar seorang bakal pengantin perempuan yang memakai pakaian gaun putih dan berdiri di atas batu yang tenggelam di dalam air.

    Industri gambar sebelum perkahwinan ini semakin berkembang pesat di China malah sekumpulan penyelidik ASKCI meramalkan bahawa menjelang akhir tahun 2019, nilai industri ini akan mencapai sekitar 2.27 trilion yuan.

    Sekitar 50 hingga 60 pasangan akan datang ke studio mereka setiap hari bagi mendapatkan kualiti gambar yang memuaskan.

    “Saya suka kesemua gaya yang dikenakan pada saya,” kata bakal pengantin perempuan bernama Wu, berusia 26 tahun. “Ia agak memenatkan, akan tetapi saya tetap bergembira,” tambahnya. – AFP

    Jurugambar berhati-hati merakamkan gambar seorang bakal pengantin perempuan yang memakai pakaian gaun putih dan berdiri di atas batu yang tenggelam di dalam air. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda