Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Rakan kongsi Warren Buffett meninggal dunia pada usia 99

    NEW YORK, 29 NOV – Charlie Munger, rakan kongsi perniagaan yang lama bersahabat dengan pelabur terkenal Amerika Syarikat, Warren Buffett, meninggal dunia kelmarin pada usia 99 tahun, menurut pengesahan majikannya.

    Berkshire Hathaway, tempat Munger berkhidmat sebagai naib pengerusi di bawah Buffett selama beberapa tahun, mengumumkan ‘mereka telah diberitahu oleh ahli keluarga Charlie Munger bahawa dia meninggal dunia dengan tenang pagi kelmarin di sebuah hospital di California.’

    “Berkshire Hathaway tidak akan dapat dibina sehingga mencapai status sekarang, tanpa adanya inspirasi, kebijaksanaan, dan penyertaan Charlie,” kata Warren Buffett dalam satu kenyataan.

    Buffett dan Munger dilahirkan serta dibesarkan di Omaha, Nebraska.

    Kedua-dua mereka bertemu ketika dewasa pada tahun 1959, dan menjalin persahabatan yang akrab selama lebih dari 60 tahun.

    Munger menyertai Buffett di Berkshire Hathaway sebagai naib pengerusi pada tahun 1978, dan membantu mengubahnya dari sebuah syarikat tekstil kecil menjadi sebuah konglomerat terbesar, kini bernilai lebih daripada AS$780 bilion.

    Berbeza dengan kekayaan besar Buffett, kekayaan Charlie Munger dianggarkan sekita AS$2.6 bilion, walaupun beliau telah mendermakan sebahagian besar hartanya kepada tabung amal sepanjang hayatnya.

    Munger tidak pernah secara rasmi bersara dari tugasnya di Berkshire Hathaway, dan akan genap 100 tahun pada 1 Januari 2024.

    Dalam satu temu ramah pada tahun 2017, Buffett memberikan penghargaan kepada Munger kerana mengubah pandangannya tentang pelaburan menjadi lebih baik. – AFP

    Naib pengerusi Berkshire Hathaway, Charlie Munger sewaktu di temu ramah pada 7 Mei 2018, di Omaha, Nebraska. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...