Sunday, March 16, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakyat Korea U kembali pakai pelitup muka

    SEOUL, 2 OKT – Bermula Oktober, penduduk Korea Utara kembali menggunakan pelitup muka dan pakar kesihatan negara itu menasihatkan orang ramai supaya memakainya sebagai langkah berwaspada terhadap kemungkinan gelombang baharu COVID-19, lapor agensi berita Yonhap.

    Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), di Seoul, pada Ahad menyiarkan gambar warga emas memakai pelitup muka semasa menghadiri sambutan Hari Warga Emas Antarabangsa.
    Televisyen Korea juga menyiarkan rakaman pelajar universiti memakai pelitup muka sempena ulang tahun ke-76 penubuhan Universiti Kim ll-sung.

    Korea Utara sebelum ini menarik balik semua arahan pemakaian pelitup muka, di dalam atau di luar bangunan. Gambar atau rakaman oleh media negara itu pada September menunjukkan orang ramai tidak lagi memakai pelitup muka di sekolah atau ketika menghadiri perayaan besar.

    Bagaimanapun, pada 8 September, pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menasihatkan orang ramai memakai pelitup muka pada November, kerana tahap imuniti boleh merosot seiring penurunan suhu pada tahun itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda