Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ramah mesra santuni anak-anak yatim

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Majlis Sambutan Hari Raya dan Ramah Mesra bersama Anak-anak Yatim Kampung Kilanas sempena bulan Syawal disambut dengan meriah malam ini anjuran Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Kilanas dengan kerjasama dan bantuan daripada AJK majlis di Masjid Kampung Kilanas.

    Hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku Penaung I, AJK Takmir Masjid Kampung Kilanas.

    Acara itu diadakan bertujuan untuk memberi peluang bagi AJK Takmir Masjid Kampung Kilanas dan jemaah-jemaahnya beramah mesra pada hari yang mulia dan mubarak bersama dengan 14 anak-anak yatim.

    Dengan adanya acara tersebut dapat menggembirakan anak-anak yatim bersama penjaga mereka yang antara lain bertujuan memupuk dan menjalinkan hubungan baik, kenal-mengenali antara AJK Takmir masjid dengan semua jemaah Masjid Kampung Kilanas khasnya dan penduduk kampung amnya.

    Antara pengisian majlis ialah persembahan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh wakil Belia Masjid Kampung Kilanas dan persembahan tausyeh oleh belia dan beliawanis masjid berkenaan.

    Turut hadir ialah penasihat-penasihat AJK Takmir Masjid Kampung Kilanas, ketua kampung serta ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Kilanas serta jemaah-jemaah masjid dari sekitar Kampung Kilanas.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi hadir pada majlis tersebut di Masjid Kampung Kilanas, kelmarin. – GAMBAR GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara persembahan yang diadakan pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda