NIAMEY – Di tanah lapang yang berdebu di pinggir ibu kota Niamey, pelawak terkenal di Niger, Mamane menunjukkan satu laman sesawang yang menyatakan beliau akan membina sekolah drama untuk mempromosikan artis-artis Afrika dan kekebebasan di benua yang penuh dengan rasuah dan perselisihan.
Kawasan yang terletak di sekitar Anglosphere, pelawak yang terkenal di Perancis dengan berbahasa Afrika untuk rancangan radio The Very, Very, Deomcratic Republic of Gondwana , iaitu mengenai memalsukan rejim dan negara-negara kaya yang telah membantu mereka.
Setelah menghabiskan sebahagian besar kerjayanya di Perancis, Mamane tersenyum dengan bangga sambil menjelaskan rancangannya untuk membina sebuah sekolah drama yang menawarkan latihan komedi dan hiburan-hiburan lain kepda belia Niger.
“Kita semua Muslim, Kristian, kita semua manusia biasa dan ia akan menjadi sebuah sekolah untuk mempelajari kebebasan, kasih kehidupan, hidup bersama dengan apa yang kita mahu,” katanya.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menilai negara itu sebagai salah sebuah negara yang kurang maju di dunia, dorongan untuk membuka sekolah drama adalah langkah yang luar biasa bagi negara yang hanya dikenali sebagai negara yang miskin dan pemberontakan jihad.

“Sekolah itu bertujuan untuk membuka peluang pekerjaan kepada belia Afrika, dan memberikan harapan kepada mereka, memberitahu kepada mereka bahawa kami boleh memberikan peluang pekerjaan di Afrika ini,” katanya.
Ia merupakan langkah terbaharu dalam kerjayanya yang telah memenangi para pendengar antarabangsa iaitu sekitar 30 juta pendengar menurut Radio Antarabangsa Perancis dan beralih kepada skrin besar dengan filem Bienvenue au Gondwana (Selamat datang ke Gondwana, 2016.
Seperti kerja radio Mamane, filem itu bergurau senda mengenai negara Afrika iaitu diktator yang mudah dirasuah telah menetapkan untuk terus berkuasa.
“Kadangkala pihak polis di Afrika memanggil saya sebagai Tuan Presiden,” Mamane memberitahu kepada AFP selepas keretanya diberhentikan oleh pihak polis semasa sekatan jalan raya dan ditabijk hormat secara gurauan oleh polis yang mengenalinya sebagai pelawak.
“Ini adalah jenaka peringkat kedua, cara bergurau sambil mengkritik sistem.
Ia merupakan gurauan jenis ketahanan.
Beliau dilahirkan pada tahun 1966, Mamane menghabiskan masa beliau dengan menetap di ibu kota luar negara bersama enam ornag adik beradiknya kerana bapa mereka merupakan seorang ahli diplomat.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai saintis dan berpindah ke Perancis pada tahun 1991 hingaa menamatkan ijazah sarjana muda dalam fisiologi tumbuhan.
Selepas berada di Paris, kekuasaan dalaman yang beliau pernah perhatikan sebagai kanak-kanak datang ke hadapan dan naik ke atas pentas dan membuat satu lakonan jenaka yang menyentuh isu sensitif mengenai pemerintah Afrika.
Sekarang, Mamane berkata beliau bercadang untuk membuat pertunjukan yang sensitif kepada dunia dengan berbahasa Inggeris.
“Saya telah menyediakan pertunjukan dwibahasa bersama komedian Anglophone dari Nigeria, Cameroon dan Rwanda pada bulan Oktober ini,” kata beliau memberitahu AFP.
“Saya belum pernah membuat pertunjukan di negara Anglophone, namun ia adalah langkah saya yang seterusnya.
“Sekolah itu akan berkembang dan ia akan menjadi projek hidup saya,” katanya.
Tetapi beliau akan menumpukan tempat tanah lapang yang berpasir itu dan mengatakan suatu hari nanti beliau akan membantu mengembangkan generasi baharu kepada pelawak komedi Niger. – AFP