Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rang undang-undang berita palsu diluluskan

    SINGAPURA, 9 Mei – Singapura dilaporkan telah meluluskan rang undang-undang berita palsu dan membenarkan kerajaan untuk menghalang dan menggesa untuk menyingkirkan kandungan berita palsu.

    Pada akhir sesi kelmarin yang berlanjutan sehingga 10 malam, Rang Undang-undang Perlindungan Daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian diluluskan dengan 72 anggota berkata ‘ya’ dan kesemua sembilan anggota daripada Parti Pekerja berkata ‘tidak’ dan tiga anggota parlimen (NMP) yang dilantik mengambil pendirian berkecuali, menurut laporan itu.

    Laporan dalam talian itu berkata anggota yang mengundi menyokong rang undang-undang itu termasuk semua Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang hadir di dewan dan beberapa NMP.

    Undang-undang berkenaan mengharamkan berita palsu yang akan membawa kemudaratan kepada Singapura atau kemungkinan mempengaruhi pemilihan dan memerlukan pembekal perkhidmatan untuk menghapuskan kandungan tersebut atau membolehkan pemerintah untuk menyekatnya. Pesalah juga boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

    Pembangkang di Parlimen berkata ia memberikan kuasa pemerintah kepada para menteri untuk menentukan apa yang tidak patut, sekali gus dapat memberikan kepentingan umum yang jelas.

    Akhbar The Strait Times melaporkan Menteri Perundangan K. Shanmugam mengatakan perintah untuk membetulkan atau menghapuskan kandungan palsu kebanyakannya akan diarahkan kepada syarikat-syarikat teknologi.

    Hak Asasi Manusia secara mendadak mengkritik undang-undang berkenan. Ia adalah satu ‘kesalahan’ terhadap kebebasan portal berita dalam talian, kata pengarah wakil kumpulan Asia, Phil Robertson.

    Perdana Menteri Lee Hsien Loong bulan lalu mempertahankan undang-undang yang dicadangkan, mengatakan Singapura telah membahaskan isu tersebut selama dua tahun. Dia juga menolak kritikan bahawa undang-undang itu boleh menghalang kebebasan bersuara di Singapura, yang sudah mempunyai undang-undang keras terhadap protes awam. – AP

    Gambar fail: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong selepas sidang akhbar dengan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad di Putrajaya, kelmarin. Singapura dilaporkan telah meluluskan rang undang-undang berita palsu dan membenarkan kerajaan menghalang dan menghapuskan kandungan berita palsu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda