Saturday, December 28, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rangka manusia prasejarah ditemui dalam gua

    BANDAR MEXICO, 14 SEPT – Rangka manusia prasejarah telah ditemui dalam sistem gua yang dibanjiri pada akhir zaman ais terakhir 8,000 tahun lalu, menurut pakar arkeologi di pantai Caribbean Mexico.

    Pakar arkeologi Octavio del Rio berkata dia dan rakan penyelam Peter Broger ternampak tengkorak pecah dan rangka yang ditutup sebahagiannya oleh kelodak dalam sebuah gua di mana kerajaan Mexico rancang untuk membina kereta api berkelajuan tinggi menerusi hutan di sana.

    Berdasarkan jarak dari pintu masuk ke gua, rangka itu tidak akan berakhir di sana tanpa peralatan selam moden, maka ia mesti berusia lebih 8,000 tahun, menurut Del Rio, merujuk kepada era apabila paras laut yang meningkat membanjiri gua.

    “Kami tidak tahu sama ada rangka disimpan di sana atau ia adalah tempat orang ini mati,” kata Del Rio. Beliau berkata rangka itu terletak kira-kira lapan meter di bawah air, kira-kira setengah kilometer dalam sistem gua.

    Beberapa rangka manusia paling tua di Amerika Utara telah ditemui dalam gua lubang benam dikenali sebagai ‘cenotes’ di pantai Caribbean negara, dan pakar berkata sesetengah gua berkenaan diancam oleh projek pelancongan Kereta Api Maya kerajaan Mexico.

    Del Rio, yang telah bekerja dengan Institut Antropologi dan Sejarah Nasional mengenai projek lampau, berkata dia telah menghubungi institut mengenai penemuan tersebut.

    Institut tidak menjawab soalan mengenai sama ada ia berhasrat meninjau tapak itu. – AP

    Gambar serahan Octavio del Rio menunjukkan saki-baki rangka manusia prasejarah yang sebahagiannya ditutupi lumpur dalam gua bawah air di Tulum, Mexico pada 10 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda