SEVILLE, Sepanyol, 23 Feb – Pengurus Leicester City Claudio Ranieri (gambar) percaya pasukannya boleh meneruskan ‘percutian’ mereka daripada realiti penyingkiran Liga Perdana dalam Liga Juara-Juara selepas jaringan di gelanggang luar Jamie Vardy memberikan mereka kelegaan ketika menentang Sevilla semalam.
Biarpun dikuasai di selatan Sepanyol, Leicester muncul dengan jaringan 2-1 dalam persaingan 16 pasukan terakhir dalam kekalahan perlawanan pertama yang akan meletakkan persaingan dalam keadaan seimbang menjelang perlawanan kedua, 14 Mac depan.
“Liga Juara-Juara adalah seperti percutian dan perkara paling penting adalah Liga Perdana,” kata Ranieri dengan Leicester hanya satu mata di atas zon penyingkiran.
“Jika kami melakukan sesuatu yang penting dalam Liga Juara-Juara, ia adalah hebat. Bola sepak adalah hebat kerana pasukan terbaik dan besar tidak selalunya menang.”
Di atas jaringan pertama Vardy sejak Disember, Leicester gembira dengan persembahan penjaga gol Kasper Schmeichel ketika dia menyelamatkan beberapa percubaan termasuk penalti separuh masa pertama dari Joaquin Correa.
Bagaimanapun, dia tidak berdaya untuk menghalang Pablo Sarabia dan Correa untuk meletakkan Sevilla mendahului 2-0 sebelum Vardy membalas dengan jaringan 17 minit sebelum tamat perlawanan.
“Separuh masa pertama adalah sukar. Tidak seorang pun mahu menerima bola dan Kaspter mengekalkan pasukan untuk terus bernafas, menyelamatkan sepakan penalti dan menyelamatkan beberapa sepakan,” tambah Ranieri.
“Separuh masa kedua lebih baik, tetapi dalam kedudukan baik kami, mereka menjaringkan gol kedua. Kami tidak menyerah kalah dan menjaringkan gol yang penting bagi tiga perkara. Ia memberikan kami kekuatan, mengembalikan semula jaringan Vardy dan membuka persaingan.”
Bagaimanapun, pengurus dari Itali itu mengetepikan Leicester mungkin sekarang menjadi pasukan pilihan untuk menyingkirkan Sevilla yang berada di kedudukan tertinggi La Liga dan memenangi Liga Europa setiap tiga musim lalu.
“Saya rasa kami pasukan bawahan kerana mereka memiliki kualiti tinggi. Kami terjejas pada perlawanan kedua, kami akan melakukan yang terbaik dan jika kami tewas, ia adalah kerana Sevilla menghasilkan persembahan hebat.” – AFP