Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Raptai pastikan kelancaran Sambutan Israk dan Mikraj

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara bagi Tahun 1444 Hijrah akan diadakan pada 18 Februari ini di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas mulai pukul 9 pagi.

    Bagi memastikan kelancaran majlis itu nanti, raptai penuh telah diadakan pagi tadi di dewan berkenaan.

    Hadir bagi memastikan ia berjalan sempurna ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab; serta ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Tahun 1444 Hijrah.

    Tema sambutan tahun ini ialah ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Sembahyang Meraih Reda Allah’ dan akan diisikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran serta kesimpulan makna, persembahan selawat, ceramah khas dan persembahan khas.

    Majlis sambutan pada tahun ini dikendalikan bersama oleh KHEU, KSSUP, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Syarikat PDS Sdn Bhd dan Syarikat PaddyCo Sdn Bhd.

    Dalam pada itu, para jemputan, ahli-ahli jawatankuasa, para peserta persembahan dan individu yang hadir ke majlis itu nanti dinasihatkan untuk melakukan ujian pantas antigen (ART) di rumah masing-masing dan memuat naik keputusan ART ke aplikasi BruHealth pada hari majlis berkenaan, menunjukkan keputusan ART yang negatif melalui aplikasi BruHealth kepada penyambut tetamu atau AJK yang bertugas.

    Manakala individu yang mempunyai simptom-simptom seperti demam panas, batuk selesema dan masalah pernafasan adalah dinasihatkan untuk tidak menghadiri majlis.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan turut hadir bagi memastikan kelancaran sambutan berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...