Saturday, May 18, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Rashford bantu United tewaskan City

    MANCHESTER, 15 JAN – Peminat Manchester United boleh ‘bermimpi’ untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris kata Erik ten Hag selepas kebangkitan lewat perlawanan untuk menundukkan Manchester City 2-1 di Old Trafford.

    Dua gol dalam masa 12 minit terakhir hasil daripada Bruno Fernandes dan Marcus Rashford telah melonjakkan United ke kedudukan ketiga dan berbeza satu mata dengan seteru rapat mereka.

    City dilihat hampir pasti mencatat kemenangan apabila Jack Grealish turun dari bangku simpanan untuk menanduk masuk bola ke gawang untuk pasukannya.

    Tetapi momentum bertukar selepas gol penyamaan kontroversi daripada Fernandes, sebelum Rashford meneruskan aksi cemerlangnya dengan meledak gol kesembilan berturut-turut di Old Trafford.

    City kini ketinggalan lapan mata dari kedudukan teratas liga sekiranya Arsenal berjaya menewaskan Tottenham dalam pertemuan derbi utara London hari ini.

    Kemenangan manis buat United selepas dimalukan 6-3 semasa kedua-dua buah pasukan bertemu pada Oktober.

    Walau bagaimanapun, anak buah Ten Hag kini hanya tewas sekali dalam 19 perlawanan sejak keadaan berubah semasa musim pertama jurulatih dari Belanda mengendalikan kelab.

    “Peminat mungkin bermimpi tetapi kami tidak,” kata Ten Hag mengenai kemungkinan United mencabar gelaran buat kali pertama dalam masa sedekad. “Kami perlu bertindak sewajarnya.

    “Kami semakin meningkat, itu yang jelas. Tetapi perjalanan masih jauh dan masih banyak aspek permainan kami yang perlu diperbaiki. Kami sedang berkembang.”

    Kebangkitan United tergambar dengan persembahan Rashford yang kembali menyinar. Pemain kebangsaan England itu kini menjaringkan 16 gol setakat musim ini.- AFP

    Aksi Marcus Rashford menjaringkan gol kemenangan United semasa bertemu City di Old Trafford, baru-baru ini.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...