Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Julie Sudiro masih kritikal

    Keadaan penyanyi veteran, Datin Paduka Julie Sudiro, 80, semakin stabil selepas dimasukkan di Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM), Puncak Alam akibat paras oksigen menurun, sejak Isnin lalu.

    Bagaimanapun, anak bongsunya, Jose Irmanto Sudiro Soliano, 45, berkata ibunya masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital UiTM dan masih memerlukan bantuan pernafasan.

    “Emak masih dalam ICU sejak Selasa lalu. Tetapi, semalam saya diberitahu doktor, emak menunjukkan perkembangan positif,” kata Jose.

    “Keadaannya lebih baik daripada hari sebelumnya. Alhamdulillah, emak sudah sedar dan buka mata, tetapi masih dalam keadaan kritikal kerana belum dicabut saluran ‘intubation’ untuk membantunya bernafas,” tambahnya.

    “Tetapi, emak tahu apa yang kami cakap apabila memanggilnya. Namun, agak sukar emak bercakap dengan saluran pernafasan. Itu pun sudah membuatkan kami bersyukur,” katanya kepada BH Online.

    Julie sudah sedar dan buka mata, tetapi masih dalam keadaan kritikal kerana menggunakan bantuan pernafasan. – Agensi

    Tambah Jose, emaknya ada melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) pada September lalu dan keputusannya tidak berapa bagus.

    “Ketika paras oksigen emak menurun, kami menghubungi paramedik datang ke rumah. Emak diberikan mesin oksigen untuk membantunya bernafas. Tetapi, paras oksigen masih menurun apabila diberikan bantuan mesin,” ujarnya.

    “Emak dirawat oleh enam doktor pakar. Jadi, saya percaya doktor mampu merawat emak dengan baik,” tambahnya.

    Sehubungan itu, Jose berharap sesiapa sahaja yang mengenali ibunya agar dapat mendoakan kesembuhan dan kesejahteraannya.

    Dua tahun lalu, Julie atau nama sebenarnya, Raden Juariah Raden Sudiro menjalani hidup dengan tenang sebagai guru mengaji.

    Antara mereka yang menjadi anak murid penyanyi terkenal menerusi lagu jaz dan keroncong sejak 1960an itu ialah Allahyarham Seniwati Mariani, Shasha, Dian P Ramlee dan ramai lagi. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...