Friday, November 15, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rashford pertahan komitmen terhadap United

    MANCHESTER, 1 MAC -Marcus Rashford membalas pengkritik yang mempersoalkan komitmennya terhadap Manchester United di tengah-tengah musim yang mengecewakan dan penyerang itu mencadangkan kelmarin bahawa dia diadili lebih kritis berbanding pemain lain.

    Pemain antarabangsa England itu hanya menjaringkan lima gol musim ini selepas 30 kempen terakhir sepanjang karier dan telah menjadi perhatian di luar padang.

    Rashford dilaporkan mengunjungi kelab malam di Belfast pada akhir Januari sebelum terlepas latihan keesokan harinya kerana sakit. Dia kemudian terlepas perlawanan Piala FA United menentang Newport.

    Rashford yang berusia 26 tahun menulis dalam Players’ Tribune bahawa kritikan itu memaksanya untuk bertindak balas.

    “Dengar, saya bukanlah seorang yang sempurna. Apabila saya melakukan kesilapan, saya akan menjadi orang pertama yang mengakui bahawa saya perlu melakukan yang lebih baik,” tulisnya. “Tetapi jika awda mempersoalkan komitmen saya terhadap Manchester United, ketika itulah saya perlu bersuara. Ia seperti seseorang mempersoalkan keseluruhan identiti saya, dan semua yang saya perjuangkan sebagai seorang pemain.

    Penyerang itu berkata media menulis tentang ‘perwatakan’ dan bukannya peribadi.

    “Ia bukan sahaja mengenai saya sebagai seorang lelaki berusia 26 tahun yang menghiburkan diri atau seorang lelaki yang mendapat saman letak kereta,” tulisnya.

    “Ia mesti mengenai harga kereta saya, meneka gaji mingguan saya, barang kemas saya atau pun tatu saya. Ia mesti mengenai bahasa tubuh saya, mempersoalkan moral saya, membuat spekulasi tentang keluarga saya dan masa depan bola sepak saya. Terdapat nada yang awda tidak dapati dengan semua pemain bola sepak. Jadi biarkan sahaja isu berkenaan.” – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda