Tuesday, December 31, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rasuah: Bemba dihukum penjara

    THE HAGUE, 17 Sept – Naib Presiden Kongres Dr Congo, Jean-Pierre Bemba akan menjalani hukuman hari ini oleh hakim antarabangsa kerana memberi rasuah kepada saksi semasa perbicaraan jenayah perang terdahulu, sekali gus menyingkirkannya untuk menjadi pemimpin sebagai presiden DR Congo.

    Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague membebaskan ketua pemimpin pemberontak itu atas rayuan terhadap jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan tiga bulan lalu, tetapi kes kecil keduanya terus menghantui beliau dan cita-cita politiknya.

    Pada Jun lalu, lima hakim Tribunal Jenayah Antarabangsa (ICC) menarik balik sabitan kesalahan Bemba pada tahun 2016 dan hukuman penjara 18 tahun bagi pembunuhan, rogol dan pemalsuan yang dilakukan oleh tenteranya di kejiranan Republik Afrika Tengah pada tahun 2002 hingga 2003 dan membebaskannya.

    Walau bagaimanapun, Bemba dan lima tertuduh lainnya didapati bersalah semasa perbicaraan rayuan pada Mac lalu kerana memberi rasuah kepada 14 saksi dalam perbicaraan utama. Bemba, 55, telah dihukum penjara dalam tempoh yang panjang dan denda 300,000 euro (AS$350,000).

    Jean-Pierre Bemba ketika sesi bergambar selepas ditemu bual oleh The Associated Press di Waterloo, Belgium, pada 11 September lalu. – AP

    Walau bagaimanapun, hakim-hakim rayuan ICC, bagaimanapun, memutuskan bahawa hukuman hingga dua tahun setengah terlalu rendah dan menilai semula hukuman itu.

    Pihak pendakwa iaitu peguamnya Aime Kilolo dan pengurus kes undang-undangnya Jean-Jacques Mangenda, meminta untuk memberi hukuman penjara sehingga lima tahun kepada Bemba.

    ICC akan memberikan keputusannya yang baharu lewat hari ini.

    Sebagai tindak balas kepada sabitan rasuah, Mahkamah Perlembagaan Congo memutuskan bahawa Bemba tidak layak untuk menjalankan pemilihan presiden pada 23 Disember nanti. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda