Monday, March 17, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rating Presiden Korea Selatan menurun

    SEOUL, 3 OKT – Rating sokongan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol menurun kepada 3.4 peratus daripada 31.2 peratus minggu lalu, berdasarkan tinjauan mingguan hari ini.

    Penilaian negatif ke atas kelakuan hal ehwal negara Yoon meraih 3.8 peratus mata kepada 66 peratus, menurut agensi peninjau tempatan, Realmeter.

    Sokongan bagi Parti Kuasa Rakyat, parti konservatif yang memerintah 35.3 peratus minggu lalu, menurun 2.2 peratus mata daripada seminggu sebelumnya.

    Parti pembangkang liberal, Parti Demokratik pula meningkat kadar sokongannya sebanyak 1.1 peratus kepada 46.1 peratus. Manakala Parti Keadilan meraih 3.9 peratus sokongan minggu lalu, naik 0.5 peratus berbanding minggu sebelumnya.

    Keputusan adalah berdasarkan tinjauan ke atas 2,522 pengundi dijalankan dari Isnin lalu sehingga Jumaat. Ia mempunyai margin kesilapan 2 peratus dengan 95 peratus tahap keyakinan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda