Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    RB dicalonkan anugerah terkemuka dunia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Buat pertama kalinya, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah dicalonkan bagi Anugerah Kru Kabin Terkemuka Dunia 2020 oleh World Travel Awards.

    RB ketika memaklumkan mengenainya dalam kenyataan yang dikeluarkan, menyatakan bahawa pencalonan berkenaan telah dikeluarkan pada 29 September lalu di samping 16 syarikat penerbangan terkemuka dunia yang dicalonkan bagi anugerah berkenaan.

    Pada masa yang sama, RB juga telah dipilih sebagai calon bagi kategori Kru Kabin Terkemuka Asia.

    Sehubungan itu, untuk menunjukkan sokongan kepada syarikat penerbangan kebangsaan Brunei Darussalam itu, RB mengalu-alukan orang ramai untuk membuat undian awam menerusi laman sesawang www.flyRB.com/VoteNow di mana undian akan berakhir pada 25 Oktober depan (waktu United Kingdom).

    Kenyataan menyatakan, sejak World Travel Awards ditubuhkan pada 1993, RB telah memenangi tiga anugerah dan terpilih bagi 23 pencalonan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda