Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Reaksi wajah masam Aurel Hermansyah jadi bualan

    Reaksi penyanyi Indonesia Aurel Hermansyah sewaktu menjawab panggilan video dengan Aaliyah Massaid selepas dilamar Thariq Halilintar pada Khamis lalu mencuri perhatian ramai.

    Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok, Aurel atau Titania Aurelie Nurhermansyah, 26, didakwa menunjukkan ekspresi wajah masam dan lirikan sinis dalam sesi panggilan video tersebut.

    Aurel dan suaminya iaitu Atta Halilintar dipercayai sedang berbual mengenai majlis perkahwinan Thariq dan Aaliyah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

    Menerusi perkongsian video yang dibuat, Atta bertanyakan kepada Thariq tentang lokasi pernikahan mereka nanti.

    Susulan daripada itu, rata-rata warganet membuat andaian Aurel tergugat dengan kehadiran Aaliyah sebagai birasnya.

    Aurel didakwa tergugat dengan kehadiran Aaliyah. – aceh.tribunnews.com

    “Persaingan antara biras akan segera bermula.

    “Percayalah bila bersahabat lain, nanti sudah menjadi keluarga, lagi-lagi akan timbul pula masalah lain,” komen warganet.

    Memetik laporan mStar, sebelum ini, Thariq yang merupakan Youtuber berkongsi video di Instagram melamar Aaliyah pada 15 Mei lalu.

    Malah dalam sebuah temu bual bersama media, Thariq mengakui sudah mula membuat tinjauan lokasi majlis perkahwinan mereka.

    Tidak hanya itu, isteri Atta iaitu Aurel juga sebenarnya bersahabat baik dengan Aaliyah sejak kecil lagi. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda