Friday, November 15, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Reaktor nuklear tertua Jepun cipta sejarah 50 tahun operasi

    TOKYO, 14 NOV – Reaktor di loji nuklear Takahama di Jepun Tengah mencatatkan 50 tahun operasinya hari ini, menjadikannya yang pertama di negara itu mencapai pencapaian tersebut.

    Reaktor No. 1 di kemudahan di Prefektur Fukui merupakan reaktor nuklear tertua yang masih beroperasi di Jepun. Ia memulakan operasi komersial pada November 1974 sebagai reaktor komersial kelapan di negara itu, di mana kesemua reaktor lain yang lama telah ditamatkan operasi.

    Bulan lalu, Pihak Berkuasa Peraturan Nuklear Jepun (NRA) meluluskan perubahan terhadap peraturan keselamatan di loji berkenaan, membolehkan reaktor Takahama No. 1 beroperasi lebih daripada 50 tahun.

    Pengendali loji, Kansai Electric Power Company, telah memohon kepada NRA pada November tahun lalu untuk melanjutkan operasi loji itu selama 10 tahun lagi selepas menjalankan penilaian teknikal berkaitan penuaan reaktor serta merangka dasar pengurusan kemudahan jangka panjang.

    Di Jepun, reaktor dibenarkan beroperasi sehingga 60 tahun. Undang-undang telah disemak pada Mei tahun lalu bagi membolehkan reaktor beroperasi melebihi had tersebut, dengan mengecualikan tempoh masa yang digunakan untuk pemeriksaan dan tempoh reaktor tidak beroperasi dalam pengiraan jumlah hayat perkhidmatannya. – Xinhua

    Sebuah bot dari pengawal pantai Jepun ketika meronda di hadapan reaktor No. 3 di Loji Nuklear Takahama, yang terletak di Takahama, Prefektur Fukui, kira-kira 350 kilometer ke barat Tokyo. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda