Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real Madrid bertahan asakan Alaves dalam La Liga

    Real Madrid bertahan asakan Alaves dalam La Liga

    MADRID, 25 SEPT – Real Madrid bangkit dari kalah di tempat sendiri meraih kemenangan 3-2 menentang Alaves dalam pusingan ketujuh perlawanan dalam La Liga kelmarin.

    Barisan kesebelasan utama Real Madrid yang kuat menghadapi sedikit masalah walaupun mendahului 3-0 menentang Alaves.

    Lucas Vazquez meletakkan Madrid di hadapan pada minit pertama selepas menerima hantaran daripada Vinicius Jr, dan gol kelima Kylian Mbappe dalam lima perlawanannya menggandakan pendahuluan lima minit sebelum rehat.

    Rodrygo kelihatan menberikan keputusan akhir perlawanan apabila dia meluru masuk ke dalam dari sebelah kanan untuk menjaringkan gol dengan rembatan rendah tiga minit memasuki babak kedua.

    Percubaan kedua-dua pasukan kemudiannya terkena tiang sebelum gol sagu hati pelawat dijaringkan Carlos Benavidez minit ke-85.

    Namun Kike Garcia menambah jaringan seminit kemudian menjadikan kedudukan 3-2 seminit kemudian menyaksikan Madrid tiba-tiba menghadapi kesukaran apabila lawan mereka hampir menjaringkan gol penyamaan beberapa kali. – Xinhua

    Luka Modric (kiri) bersaing dengan Moussa Diarra dari Alaves semasa perlawanan bola sepak La Liga di Madrid, Sepanyol kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda