Monday, February 3, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Real Madrid dikejutkan Espanyol

    CORNELLA DE LLOBREGAT, 2 FEB – Real Madrid mengalami kekalahan mengejut 1-0 kepada Espanyol yang bergelut di zon penyingkiran semalam, menyebabkan mereka kini hanya mendahului La Liga dengan satu mata.

    Jaringan Carlos Romero pada minit ke-85 memberikan kemenangan kepada pasukan tuan rumah yang ketika ini berada di tangga ke-17.

    Atletico Madrid merapatkan jurang kepada satu mata dengan kemenangan 2-0 ke atas Mallorca sebelum itu, menjelang pertembungan derbi penting hujung minggu depan di Santiago Bernabeu.

    Real Madrid berang selepas Romero hanya dilayangkan kad kuning atas kekasaran terhadap Kylian Mbappe sebelum dia menjaringkan gol kemenangan.

    Namun, pasukan kendalian Carlo Ancelotti tidak menunjukkan prestasi terbaik mereka dan gagal memanfaatkan peluang dalam perlawanan yang sepatutnya berpihak kepada mereka di atas kertas. – AFP

    Neymar melambai kepada peminat semasa majlis perkenalannya sebagai pemain baharu pasukan Santos di Stadium Urbano Caldeira di Santos, negeri Sao Paulo, Brazil pada 31 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda