Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Rebut fadilat membaca Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Dalam meraih dan merebut fadilat membaca Al-Quran, jemaah Tadarus Subuh Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri telah mengadakan majlis khatam Al-Quran sebagai tanda kesyukuran selepas melengkapkan bacaan 30 juzuk Al-Quran.

    Majlis yang berlangsung di masjid berkenaan, bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diteruskan dengan surah-surah lazim yang bermula daripada Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas, yang diketuai oleh Haji Annuar bin Penghulu Haji Ibrahim yang juga membacakan Takhtim.

    Doa Khatam dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam pula dibacakan oleh Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri, Awang Abdul Salam bin Haji Salim.

    Majlis seumpamanya turut diadakan di Masjid Kampung Sungai Besar yang turut disertai oleh Pemangku Ketua Kampung Sungai Besar, Kampung Serdang dan Kampung Sungai Belukut, Haji Zaini bin Haji Damit bersama dengan jemaah masjid yang lain.

    Berlangsung di Masjid Kampung Sungai Besar, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh imam masjid, Awang Muhammad Hazman bin Haji Mohd manakala Awang Hairol Azme mengepalai membaca surah-surah lazim.

    Pada majlis itu, seramai 11 orang jemaah tadarus subuh menyertai majlis khatam yang diadakan buat kali ke-10 bagi tahun ini.

    Selain untuk meraih keberkatan dalam kehidupan, majlis berkenaan sekali gus untuk mengimarahkan masjid dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan jemaah di masjid berkenaan.

    Antara jemaah yang menghadiri majlis khatam Al-Quran yang diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri.
    Gambar ramai peserta semasa majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Kampung Sungai Besar.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...