Wednesday, April 23, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rebut ganjaran pahala besarkan Hari Raya Korban

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), hari ini, turut menganjurkan Majlis Korban yang berlangsung di Dewan Tarbiah KUPU SB.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan agihan daging korban kepada para pelajar KUPU SB yang berhak dan warga KUPU SB ialah Ra’es KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar.

    Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diselajurkan dengan bacaan zikir Asma’ul Husna beramai-ramai sebelum laungan takbir Hari Raya beramai-ramai yang diketuai oleh Dr Haji Adanan.

    Dr Haji Adanan dalam ucapannya antara lain menekankan bahawa majlis korban adalah hari di mana Allah akan memberikan ganjaran yang berlipat kali ganda kepada mereka yang menguruskan majlis berkenaan.

    Beliau turut menasihatkan kepada semua untuk terus membuat kajian dan memperbanyakkan bacaan serta menyebarkan ilmu mengenai falsafah korban secara terperinci kepada masyarakat.

    Selain itu, dengan mengajarkan mengenai ibadah korban akan dapat mengingatkan mengenai sejarah pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS kepada perintah Allah SWT.

    Majlis juga meningkatkan semangat tolong-menolong dan bergotong-royong khususnya dalam kalangan warga KUPU SB.

    Dr Haji Adanan menyerahkan agihan daging korban kepada salah seorang penerima.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda