Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Reef Check raih anugerah gangsa

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan SEL

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Shell NXplorers telah mengumumkan Reef Check sebagai salah satu penerima anugerah gangsa untuk projek luar biasa mengikut kategori kumpulan pelajar baru-baru ini.

    Pasukan Reef Check dari Brunei memenangi anugerah gangsa bersama pasukan dari Australia dan Brazil.

    Reef Check adalah pasukan yang mengambil bahagian dalam program Shell NXplorers yang dikendalikan oleh Makmal Tenaga Seria (SEL).

    SEL sebagai rakan kongsi penghantaran rasmi bagi Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd dalam memberi perkhidmatan kepada Shell NXplorers di Brunei telah melatih lebih 200
    pelajar dan guru untuk NXplorers.

    Program NXplorers yang dicipta oleh Shell bertujuan melengkapkan generasi muda membina kesedaran, sebagai alat berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah yang kompleks untuk meneroka masalah dunia sebenar dan menjana penyelesaian berpotensi yang berkisar pada Stress Nexus (Makanan, Air dan Tenaga).

    Reef Check yang berdedikasi untuk pemuliharaan ekosistem terumbu lautan di Brunei.
    Pasukan Reef Check memenangi anugerah gangsa untuk projek luar biasa mengikut kategori kumpulan pelajar baru-baru ini.

    Program itu memberi generasi muda alat dan strategi yang mereka perlukan untuk memahami kerumitan dan mengenali bagaimana mereka boleh membentuk dan mencipta perubahan.

    Alat dan strategi tersebut telah dicerminkan dalam projek Reef Check mengenai pemulihan karang di Brunei.

    Reef Check ialah pertubuhan bukan kerajaan yang berdedikasi untuk pemuliharaan ekosistem terumbu lautan di Brunei di mana ia kini dikendalikan oleh sekumpulan belia yang bersemangat dalam pemuliharaan terumbu lautan. Inisiatif mereka termasuk meningkatkan kesedaran melalui pendidikan, penyelidikan dan aktiviti pemuliharaan.

    Frederick Chong, selaku sekretariat dan pengurus projek bagi projek pemulihan karang Reef Check mengulas bahawa bengkel itu telah melatih pasukannya untuk melihat gambaran besar dan mempertimbangkan perspektif yang berbeza untuk memastikan kadar kejayaan projek itu.

    NXplorers adalah bagi para pelajar peringkat menengah dan juga tersedia untuk pelajar muda melalui NXplorers Jr dan profesional muda melalui NXplorers Pro.

    Peserta yang berjaya melengkapkan bengkel NXplorers dengan SEL secara automatik akan layak untuk memohon geran mini NXplorers.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda