WASHINGTOM, 7 JULAI – Satu penerbangan American Airlines dari Carolina Utara ke Bahamas ditangguhkan selama sehari selepas kira-kira 30 remaja enggan memakai penutup mulut dan hidung, kata media tempatan semalam.
Penerbangan 893 dijadual berlepas dari lapangan terbang Charlotte Douglas lewat Isnin tetapi hanya meninggalkan landasan lapangan terbang pada pagi semalam, dengan pengacau masih dalam kapal terbang.
Penangguhan awal selama beberapa jam disebabkan masalah mekanikal, tetapi apabila kapal terbang akhirnya bersedia untuk berlepas, pertengkaran meletus di antara kru dan sekumpulan remaja yang enggan mematuhi peraturan persekutuan meminta semua penumpang memakai penutup mulut dan hidung dalam pesawat, lapor saluran WSOC-TV.
“Keadaan adalah teruk. Pertama, mereka menjerit. Mereka menyumpah. Mereka bersikap amat menyampah,” beritahu saksi Malik Banks kepada stesen.
Sekumpulan 30 remaja adalah pelajar sekolah tinggi dari Boston yang meraikan berakhirnya sesi persekolahan mereka. Mereka akhirnya bersetuju untuk memakai penutup mulut dan hidung keesokan harinya, selepas bermalam di lapangan terbang. Polis tidak melaku sebarang penangkapan, lapor media tempatan. – AFP