Sunday, December 29, 2024
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja Iran pelajari tentang China melalui Seni Lukisan

    TEHRAN, IRAN – “Lukisan saya adalah mengenai China moden dan tradisional,” kata Mahshid Ghasemi yang berusia 13 tahun pada Rabu lalu ketika menunjukkan karyanya, yang memenangi hadiah utama dalam pertandingan lukisan bertema China yang pertama kali buat kanak-kanak dan remaja Iran.

    Pertandingan itu, dianjurkan bersama oleh Kedutaan China di Iran dan Institut Pembangunan Intelek Kanak-Kanak dan Remaja Iran (Kanoon), telah dipecahkan kepada dua peringkat umur, dan masing-masing menerima 427 kanvas daripada kanak-kanak dan belia di Iran. Setiap kumpulan diberi-kan hadiah di tempat pertama, kedua dan ketiga.

    Majlis penyampaian hadiah dan perasmian pameran lukisan tersebut telah diadakan pada hari Rabu.

    Elemen ikonik China

    Karya-karya yang dipamerkan di pameran itu termasuk elemen ikonik budaya Cina yang terkenal, seperti tanglung merah, tembok besar, dan naga, menggambarkan imaginasi dan fikiran kreatif kanak-kanak Iran tentang China.

    Ghasemi, dari wilayah Isfahan, berkata dia menggunakan naga, kipas, dan bangunan lama untuk menggambarkan bahagian tradisional China dengan warna merah sebagai warna utama dan gambaran adegan orang ramai yang meraikan Tahun Baru Cina.

    Seorang kanak-kanak Iran melukis semasa pameran pertama pertandingan melukis bertema China untuk kanak-kanak dan remaja Iran di Tehran, Iran, pada 4 Januari. – Xinhua
    Kanak-kanak Iran melukis semasa pameran pertama pertandingan melukis bertema China untuk kanak-kanak dan remaja Iran di Tehran, Iran, pada 4 Januari. – Xinhua
    Pemenang pertandingan lukisan bertema China bagi kanak-kanak dan remaja Iran bercakap tentang lukisannya pada 4 Januari 2023. – Xinhua
    Penduduk Iran melawat pameran pertama pertandingan melukis bertema China yang pertama untuk kanak-kanak dan remaja Iran di Tehran, Iran, pada 4 Januari – Xinhua

    Sementara itu, dalam gambaran bahagian China moden, dia menumpukan pada bangunan-bangunan pencakar langit dan kemajuan bandar China, dan terdapat juga para penternak yang meraikan, melambangkan kemajuan negara itu dalam pembasmian kemiskinan.

    Ghasemi berkata bahawa dia sangat tertarik tentang China, melalui filem, dokumentari, dan pelbagai cara lain untuk mempelajari tentang negara China, yang menjelaskan gambaran rumit dalam lukisannya.

    Persahabatan Jalan Sutera Kuno Mehrnaz Tolouei, pemenang hadiah utama dalam kumpulan umur 7 hingga 11 tahun, melukis adegan orang Parsi kuno yang bertukar-tukar barang dagangan dengan orang Cina di Jalan Sutera yang kuno, sebuah idea yang diinspirasikan oleh ayahnya, Mahmoud Tolouei.

    “Jalan Sutera yang kuno menghubungkan China dan Iran,” katanya, “kedua-dua negara pada masa kini menikmati hubungan persahabatan dan budaya masyarakat mereka harus disatukan semula untuk bersambung semula melalui jalan ini.”

    Wakil kedutaan China ke Iran, Chang Hua berkata bahawa pertukaran rakyat dengan rakyat dan pertukaran budaya antara China dan Iran telah semakin rapat dan dinamik, sekaligus membantu membangunkan persefahaman bersama dan persahabatan tradisional antara kedua-dua penduduk dan rakyat bagi kedua-dua buah negara berkenaan.

    Gambaran kecintaan belia terhadap China

    Pertandingan tahun ini menggambarkan kecintaan para belia Iran terhadap China dan keinginan mereka untuk meneruskan tradisi persahabatan China-Iran, kata Chang, sambil menyampaikan hasratnya bahawa pertandingan itu akan menjadi titik permulaan untuk membantu menyemai benih persahabatan antara orang-orang muda dua buah negara tersebut supaya persahabatan China-Iran akan diwarisi dari zaman ke zaman.

    Menyedari bahawa karya sastera dan seni Iran mengandungi beberapa cerita dan elemen-elemen bangsa Cina, Hamed Alamati, pengarah bersama Kanoon, berkata bahawa institusinya bersedia untuk bekerjasama dengan kedutaan China untuk mengukuhkan lagi pertukaran antara orang-orang muda di kedua-dua negara melalui seni lukisan, suatu seni bahasa umum manusia, dan terus meningkatkan persefahaman bersama mereka.

    Usaha sedemikian akan “menambah kekuatan baharu kepada pertukaran persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua buah negara,” tambah Alamati. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda