Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Remaja Palestin bantu jana elektrik daripada angin

    GAZA – Hussam Al-Attar, remaja Palestin berusia 15 tahun, telah digelar ‘Newton of Gaza’ selepas berjaya menjana elektrik daripada angin. Dia menggunakan alat asas untuk membekalkan elektrik.

    Ketika perang dengan Israel semakin memuncak, bekalan elektrik terganggu di kawasan Gaza dan kem-kem pelarian. Bagi menyelesaikan masalah berkenaan, Al-Attar, pelajar Sekolah Jabel Mukaber di utara Gaza telah mengemukakan idea inovatif tersebut, lapor The Daily Star.

    Dia menggunakan dinamo dan bilah untuk menjana elektrik melalui angin. Dia ingin mempunyai lebih banyak peralatan seperti bateri supaya elektrik boleh disimpan untuk bekalan 24/7.

    Al-Attar dan keluarganya kehilangan tempat tinggal selepas serangan dari Israel dan melarikan diri dari rumah mereka di kawasan Beit Lahia ke Al-Nasr, kemudian ke Khan Yunis dengan berjalan kaki sehingga mereka berakhir di Rafah berhampiran sempadan Mesir. – Agensi

    Remaja Palestin berusia 15 tahun mengemukakan idea untuk membantu menjana elektrik daripada angin bagi kawasan Gaza dan kem-kem pelarian. – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...