Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Chelsea ringankan beban Pochettino

    BIRMINGHAM, 8 FEB – Chelsea meringankan tekanan ke atas pengurusnya, Mauricio Pochettino dengan kemenangan dominan 3-1 di Aston Villa untuk mara ke pusingan kelima Piala FA kelmarin, ketika Nottingham Forest menetapkan pertembungan menentang Manchester United.

    Conor Gallagher, Nicolas Jackson dan Enzo Fernandez menjaringkan gol untuk The Blues di Villa Park bagi memadamkan kenangan kekalahan 4-2 di tempat sendiri kepada Wolves pada Ahad.

    Chelsea dicemuh oleh penyokong tuan rumah yang tidak berpuas hati pada hujung minggu ketika kekalahan Wolves menyusuli kekalahan 4-1 di Liverpool seminggu sebelumnya.

    Dengan anak buah Pochettino merosot di tangga ke-11 dalam Liga Perdana, penyingkiran awal dari Piala FA akan meningkatkan lagi tekanan ke atas jurulatih Argentina itu.

    Pochettino menegaskan pada Selasa dia tidak akan terjejas kerana tekanan kerja dan diberikan ganjaran untuk beberapa keputusan berani dengan pemilihan pasukannya.

    Thiago Silva diletakkan di bangku simpanan hanya beberapa jam selepas isterinya meminta maaf atas kemarahan di media sosial di mana dia menyeru ‘perubahan’ di kelab itu.

    Raheem Sterling juga diketepikan pada malam itu ketika beberapa pemain muda Chelsea yang mahal menunjukkan prestasi yang cemerlang dan berani.

    “Saya fikir (ia) adalah salah satu atau mungkin prestasi terbaik musim ini,” kata Pochettino. “Ia tiba tepat pada masanya untuk kami.” – AFP

    Aksi Fernandez menjaringkan gol ketiga pasukannya melalui sepakan percuma semasa perlawanan di Villa Park di Birmingham, tengah England pada 7 Februari 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...