Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Remaja tetak guru, dua pelajar

    SYDNEY, 2 Feb – Seorang remaja telah ditahan bersama tiga bilah pisau selepas menetak seorang guru dan dua orang pelajar di sebuah sekolah tingi di Sydney hari ini tetapi polis menafikan sebarang kaitan dengan pengganas.

    Gambar-gambar dari tempat kejadian menunjukkan sebilah pisau daging antara barang-barang yang dirampas daripada seorang remaja berusia 16 tahun, yang juga seorang pelajar di sekolah itu.

    “Saya tidak membunuh sesiapa. Kamu perlu beritahu abang saya,” beliau kedengaran berkata demikian ketika dibawa oleh anggota polis dengan tangan bergari, Sydney Morning Herald melaporkan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda