Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rexy anggap peluang Malaysia raih gelaran jelajah dunia akhir BWF makin tinggi

    KUALA LUMPUR, 24 NOV – Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 bulan depan.

    Beliau berkata ini berikutan jumlah wakil Malaysia yang terdiri daripada pemain bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain profesional yang berjaya meraih tiket ke kejohanan itu yang dijadual berlangsung di Hangzhou, China dari 11 sehingga 15 Disember.

    “Kita berbicara untuk Malaysia, jadi dengan adanya banyak wakil Malaysia di Jelajah Dunia Akhir makin buka banyak peluang untuk kita bisa (raih) sekurang-kurangnya satu gelaran, kita jangan terlalu tamak, saya gembira dengan situasi ini,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

    Pemain Malaysia yang bakal menggalas cabaran Malaysia pada kejohanan itu adalah dua beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani; beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah; beregu campuran Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai serta perseora-ngan lelaki Lee Zii Jia. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda