Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Rezeki Bell Ngasri, kini dibayar produksi lebih mahal

    Pelakon Malaysia, Bell Ngasri memberitahu harga bagi mendapatkan perkhidmatannya meningkat sejak menyandang gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) Julai lalu.

    Memetik dari mStar, Bell atau Ngasrizal Ngasri, 43, bagaimanapun menjelaskan bukan dia menukar harga tersebut sebaliknya diberikan sendiri oleh pihak produksi yang membuat tawaran lakonan kepadanya.

    Meskipun tidak pernah terfikir menukar harga namun Bell berkata dia bersyukur apabila ramai mula menghargai bakatnya dengan menawarkan bayaran setimpal.

    “Mungkin ada tinggi sikit tapi bukan saya yang naikkan tapi mereka (produksi) sendiri nak bayar lebih mahal.

    “Kadang-kadang mereka sendiri letak harga tinggi berbanding sebelum ini. Saya sebenarnya tidak kisah sebab mereka yang buat tawaran pun semua ‘kawan-kawan’ lama.

    “Jadi mereka sendiri tahu kerja saya macam mana dan mereka menghargainya,” katanya kepada mStar.

    Bell berkongsi perkara itu semasa ditemui Majlis Pelancaran Bell Ngasri sebagai duta wangian Sky di Kuala Lumpur pada petang Jumaat lalu.

    Dalam pada itu, Bell memberitahu dia sangat menghargai peminatnya sehingga sanggup turun di beberapa tempat demi beramah mesra dengan mereka.

    Katanya, disebabkan peminat dia berada di tempatnya ketika ini.

    Malah dia juga memaklumkan dirinya bakal berada di Karnival Kedah Best pada Disember nanti untuk bertemu peminatnya di sana.

    “Saya ada bertemu peminat di beberapa tempat macam baru-baru ini di Kota Tinggi, tempat sekatan jalan raya. Mereka nak bergambar atau apa saya layankan saja.

    “Sebab bagi saya jasa mereka saya sekarang seperti ini. Jadi buat apa saya nak larikan diri. Saya akan buat semampu saya,” luahnya. – Agensi

    Bell Ngasri tidak pernah jemu melayan peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...