Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Rugi lebih RM230,000 diperdaya sindiket penipuan

    IPOH, 31 OKT – Seorang guru wanita berusia 52 tahun dari Tanjung Malim kerugian lebih RM230,000 apabila diperdaya sindiket penipuan melalui telefon pada Ogos lepas.

    Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa menerima panggilan telefon kononnya daripada syarikat kurier ‘Pos Laju’ Melaka pada 30 Ogos memaklumkan terdapat barang terlarang di dalam bungkusan itu.

    “Pengadu kemudian menafikan bungkusan itu miliknya dan pihak ‘Pos Laju’ mengarahkan pengadu membuat laporan polis dengan segera kerana ada individu lain telah menggunakan maklumat peribadi pengadu lalu menyambungkan panggilan terbabit ke ‘Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka’,” katanya dalam kenyataan di Ipoh hari ini.

    Beliau berkata pengadu kemudian telah bercakap dengan ‘Tuan Ammar’dan ‘Datuk Samsul Anwar’ serta dimaklumkan bahawa satu kad ATM CIMB bank atas nama pengadu telah dijumpai hasil serbuan oleh pihak polis terhadap penjenayah bernama ‘Ong Kai Chin’ dan satu waran tangkap telah dikeluarkan atas nama pengadu.

    “Pada 1 September, mangsa telah terima panggilan memintanya memindahkan wang Tabung Haji ke sebuah akaun bank sebanyak RM49,000 bagi urusan memudahkan siasatan dan pada 4 September mangsa telah memasukkan wang ASB sebanyak RM27,300 sebelum mangsa diminta membuat pinjaman peribadi di Bank Islam sebanyak RM150,000,” katanya.

    Yusri berkata pengadu kemudian membuat pinjaman peribadi itu dan pada 25 September, mangsa sekali lagi menerima panggilan daripada suspek yang meminta memasukkan wang RM10,000 lagi untuk bayaran guaman bagi perbicaraan kononnya pada November ini.

    Malangnya, pada 30 Oktober, mangsa ke Bank Islam Tanjung Malim untuk membuat semakan akaun dan mendapati kesemua wang sebanyak RM236,300 dalam akaun telah lesap dan terdapat beberapa transaksi dilakukan oleh mangsa sebelum membuat laporan polis setelah menyedari dirinya tertipu.

    Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...