Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ria Ricis diabaikan Teuku Ryan

    Hubungan penggiat YouTube berasal dari Indonesia, Ria Ricis dan Teuku Ryan menjadi bualan ramai apabila rumah tangga yang dibina dikatakan retak menanti belah.

    Lebih menguatkan spekulasi apabila Ria bertindak menjual rumah yang dibeli bersama Teuku Ryan selain tidak meraikan ulang tahun perkahwinan mereka pada November lalu.

    Memetik laporan mStar, keadaan bertambah panas apabila Teuku Ryan meninggalkan komen di TikTok Ria menyatakan dia masih sayang terhadap isterinya.

    Tidak hanya itu, Teuku Ryan memberitahu masih ingin mempertahankan perkahwinan mereka.

    Ria turut membalas komen berkenaan mendakwa sudah lama diabaikan suami sendiri.

    “Kalau sayang, sejak mengandung dan bersalin aku tidak diabaikan,” katanya.

    Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2021 dan memiliki seorang cahaya mata bernama Moana. – Agensi

    Rumah tangga Ria dan Ryan mula menjadi bualan warganet. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda