Monday, February 3, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Riang Ria Aidilfitri di Kampung Luagan Dudok

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan MPK Kampung Luagan Dudok

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Lebih 150 orang penduduk Kampung Luagan Dudok Tutong tidak ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan dan mengeratkan hubungan silaturahim pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Kampung Luagan Dudok yang berlangsung di Pusat Kemasyarakatan Kampung Luagan Dudok, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang membawa tema ‘Membangun Bersama Masyarakat’ ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

    Dalam ucapan alu-aluannya, pengerusi jawatankuasa kerja sambutan, Awang Med Ali bin Haji Jamuddin melahirkan rasa penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa kerja yang bertungkus-lumus dalam melaksanakan semua persiapan acara sehingga mendapat sambutan yang menggalakkan dan di luar dugaan penduduk kampung berkenaan.

    Sementara itu, tetamu yang diundang, Haji Mohd Said bin Haji Mohd Noor dalam ucapannya melahirkan rasa gembira dengan penampilan beberapa pemimpin baharu dalam majlis berkenaan.

    Beliau menambah bahawa ia dapat mengeratkan lagi persaudaraan dan silaturahim dalam kalangan penduduk menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan di mana ia melibatkan penyertaan aktif para penduduk kampung.

    Beliau turut mencadangkan beberapa aktiviti kemasyarakatan lain diadakan pada masa hadapan termasuk majlis tahlil dan Doa Arwah khusus bagi penduduk kampung yang sudah tiada.

    Selain daripada mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung, majlis turut bermatlamat untuk menggalakkan lebih ramai penduduk kampung supaya sama-sama menyertai dan mengambil bahagian dalam aktiviti kampung serta kemasyarakatan.

    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bergambar ramai pada majlis yang berlangsung di Pusat Kemasyarakatan Kampung Luagan Dudok.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda