Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ribuan bantah pelan pembaharuan

    BOGOTA, 16 FEB – Ribuan rakyat Colombia membantah semalam pelan pembaharuan penjagaan kesihatan yang dicadangkan oleh Presiden Gustavo Petro, dan pengampunan untuk anggota kumpulan bersenjata.

    Dalam pakaian warna putih sambil mengibarkan bendera Colombia, penduduk berarak di Bogota, Medellin, Cali dan bandar lain sambil melaung: “Tiada Petro”.

    Petro berkuasa pada Ogos lalu dengan pelbagai cadangan untuk memperbaharui penjagaan kesihatan, pencen dan sistem penjara.

    Kerajaannya juga mengemukakan idea memberikan imuniti kepada penjenayah sebagai tukaran kepada pelucutan senjata, sama dengan konsesi yang diberikan kepada gerila FARC dalam rundingan yang membawa kepada perjanjian perdamaian pada 2016 namun gagal menamatkan keganasan. – AFP

    Pembantah memegang bendera kebangsaan besar ketika mereka mengambil bahagian dalam demonstrasi menentang pembaharuan kerajaan di Bogota pada 15 Februari 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...