Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan dikerah padam kebakaran hutan Indonesia

    JAKARTA, 1 OGOS – Indonesia mengisytiharkan darurat di enam wilayah di pulau Sumatera dan Kalimantan berikutan kebakaran hutan dan mengerahkan ribuan tentera serta polis ke lokasi terjejas, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

    Menurut jurucakap Agensi Pengurangan Bencana Negara, Agus Wibowo, jumlah kawasan panas yang dikesan di seluruh negara sejak 31 Julai lalu semakin meningkat, dengan 124 daripadanya berisiko mencetuskan kebakaran.

    Kerajaan mengumumkan darurat di wilayah Riau, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Jambi, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Tengah, meliputi kawasan tanah gambut yang luas.

    Pihak berkuasa telah membawa 5,679 anggota tambahan terdiri tentera, polis dan agensi pengurangan bencana untuk ditempatkan di lima wilayah. Pesawat padam kebakaran turut dihantar bagi menyembur air ke hutan yang terbakar. – Bernama

    Anggota bomba memadamkan kebakaran hutan di Tapung, wilayah Riau, Indonesia, 1 Ogos. Enam wilayah mengisytiharkan darurat kerana kebakaran hutan besar di Indonesia ketika beribu-ribu anggota keselamatan dikerahkan untuk memadam kebakaran. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda