Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Ribuan karya seni musnah dalam kebakaran galeri seni

    TALLINN, 23 JAN – Beribu-ribu karya seni musnah dalam kebakaran yang melanda galeri seni utama di Abkhazia, menurut laporan, sekali gus memberikan satu tamparan hebat kepada warisan budaya wilayah Georgia yang berpecah.

    Kebakaran melanda Dewan Pameran Pusat pada Ahad lalu di bandar Sukhumi, di mana galeri itu terletak di tingkat dua sebuah bangunan. Punca kebakaran belum dapat dipastikan.

    Kira-kira 4,000 karya seni galeri itu kebanyakannya disimpan dalam keadaan yang teruk, tidak dilindungi dan berlonggokan dalam bilik-bilik yang kecil dan lorong-lorong yang sempit, menurut laman web berita Abkhaz World.

    Perlakuan terhadap karya seni di wilayah itu ‘benar-benar mencerminkan negara kita, yang dibelenggu oleh pengabaian,” tulis seorang pengulas di Abkhaz World, Roin Agrba.

    Kebakaran itu membawa ‘kerosakan yang tidak boleh diperbaiki bagi warisan budaya negara kita’, kata parlimen wilayah itu dalam satu kenyataan.

    Galeri tersebut menyimpan sebahagian besar karya Alexander Chachba-Shervashidze, yang terkenal dengan pengeluaran reka bentuk opera dan pertunjukan di Teater Mariinsky di St Petersburg, Rusia dan di tempat-tempat lain. – AP

    Anggota bomba berusaha memadam kebakaran di Galeri Seni Negara di Abkhazia, di Sukhumi, ibu kota wilayah Georgia pada 21 Januari lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...