Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jing Xuen buru slot ke Piala QSC 2024

    KUALA LUMPUR, 23 JAN – Pemain muda negara, Ng Jing Xuen, adalah antara enam atlet terbaik yang disenarai pendek untuk merebut tiga slot ke Piala Queen Sirikit (QSC) 2024 di Christchurch, New Zealand pada Mac depan.

    Naib Presiden Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA), Dr Noor Aziah Mohd Ariffin berkata selain pemenang pingat emas Sukan SEA 2023 itu, atlet lain turut tersenarai ialah Wang Xin Yao, Sohniya Chandra Mohan, Pang Hee Jie, Alya Afza Ahmad Hazari dan Charlayne Chong.

    Beliau berkata pemilihan wakil negara pada tahun ini sedikit berbeza apabila mereka perlu melepasi beberapa pemarkahan yang ditetapkan pihak MALGA menerusi putting, chipping dan driving range.

    “Kebiasaannya tiga terbaik di ranking golf amatur dunia (WAGR) terus menjadi wakil negara namun perbezaan kali ini, mereka masih ada dalam senarai WAGR namun perlu melalui pemilihan dari pihak kami. Daripada enam kita akan pilih tiga terbaik untuk wakil Malaysia.

    “Tidak semestinya ranking tinggi corak permainan (mereka) konsisten dan disebabkan ranking (golf) sentiasa berubah-ubah jadi sebab itu kita pilih cara ini. Keputusan penuh mungkin diketahui Isnin depan,” katanya kepada Bernama, hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...