Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan pelarian bakal diberikan taraf pemastautin di Australia

    CANBERRA, 13 FEB – Menteri imigresen Australia Andrew Giles pada Isnin mengumumkan kerajaan akan menunaikan komitmen pilihan raya untuk mengeluarkan visa tetap kepada beberapa pemegang visa sementara, lapor Xinhua.

    Giles memenuhi janji pilihan raya dengan mempelawa kira-kira 19,000 pelarian yang tiba di Australia sebelum 2013 dan memegang dua jenis visa sementara untuk memohon sebagai pemastautin. 

    Langkah itu akan memberikan pelarian akses kepada keselamatan sosial, penjagaan kesihatan, skim insurans hilang upaya dan pinjaman pendidikan tinggi serta membolehkan mereka membawa ahli keluarga terdekat ke Australia.

    Ketika mengumumkan perkara itu, Giles berkata tidak munasabah untuk mengekalkan orang yang bekerja, membayar cukai, menjalankan perniagaan dan menggaji warga Australia dalam keadaan tidak keruan kerana status visa mereka.

    “Bagaimanapun, tanpa visa tetap, mereka tidak dapat memohon pinjaman untuk membeli rumah, membangunkan perniagaan atau melanjutkan pelajaran,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda