Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan perniagaan AS alami serangan siber

    NEW YORK, 4 JULAI – Serangan siber yang dilancar beberapa jam sebelum sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) berpotensi memberi kesan terhadap 1,000 perniagaan, menurut penyelidik semalam.

    Ia termasuk satu daripada rangkaian pasar raya terbesar Sweden, Coop yang turut mendedahkan terpaksa menutup sementara 800 premis cawangan akibat serangan siber berkenaan.

    Syarikat teknologi maklumat (IT) Amerika Syarikat (AS), Kaseya semalam menggesa pelanggan menutup server mereka susulan penyerang siber menyeludup ‘ransomware’ ke platform rangkaiannya.

    Kaseya turut mengesahkan perisian khas VSA yang digunakan untuk mengurus dan memantau rangkaian komputer yang menjadi sasaran serangan itu dan mendakwa pihaknya sudah mengehadkan serangan ‘sehingga ke paras minimum daripada jumlah pelanggannya yang menggunakan perisian itu.

    Firma keselamatan siber, Huntress Labs semalam berkata perisian itu bagaimanapun sudah dimanipulasi untuk penyulitan enkripsi lebih 1,000 syarikat.

    Serangan Ransomware biasanya membabitkan penguncian data dalam sistem menggunakan penyulitan enkripsi, menyebabkan syarikat perlu membuat bayaran untuk mendapatkan akses kembali.

    Kaseya menggambarkan dirinya sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan IT dan keselamatan terkemuka kepada perniagaan kecil dan sederhana.

    VSA, produk utama syarikat, dirancang bagi membolehkannya mengurus rangkaian komputer dan pencetak.

    “Satu daripada sub-kontraktor terjejas kerana serangan digital dan menyebabkan sistem kami terganggu.

    “Kita kesal dengan situasi ini dan akan berusaha sedaya mungkin untuk membuka semula premis yang ditutup sementara,” menurut kenyataan Coop Sweden. – AFP

    Gambar fail menunjukkan bahagian dalam komputer di bandar Jersey, New Jersey. Satu serangan siber melumpuhkan rangkaian sekurang-kurangnya 1,000 syarikat AS pada 2 Julai 2021. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda