Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribuan protes skandal ‘vaksinasi VIP’ di Argentina

    BUENOS AIRES, 28 FEB – Ribuan penunjuk perasaan di bandar-bandar di seluruh Argentina semalam memprotes skandal ‘vaksinasi VIP’ yang memaksa menteri kesihatan mengundurkan diri. Gines Gonzalez Garcia meletak jawatan seminggu yang lalu atas permintaan presiden setelah muncul berita tentang rakan-rakannya mendapat suntikan vaksin koronavirus terlebih dahulu.

    Penunjuk perasaan yang membawa papan tanda bertulis ‘Beri saya vaksin saya’ dan ‘Berhenti membuang wang kami’ berkumpul di luar ibu pejabat kerajaan di Plaza de Mayo di Buenos Aires.

    “Mereka bermula dengan memberi vaksinasi kepada rakan-rakan kerajaan. Itu tidak wajar. Mereka mencuri nyawa orang lain,” kata penunjuk perasaan Irene Marcet kepada AFP.

    Sejak Argentina memulakan kempen vaksinasi rakyatnya, hanya pekerja kesihatan yang menerima awal pada Rabu lalu dan yang berusia 70 tahun ke atas di wilayah Buenos Aires diberi vaksin. Hari ini, kerajaan mengeluarkan senarai 70 orang yang menerima vaksin di luar kempen rasmi, termasuk menteri ekonomi berusia 38 tahun dan mantan presiden Eduardo Duhalde, isterinya dan anak-anak mereka. Di pagar di depan Casa Rosada, tempat kerajaan dan pejabat presiden, para penunjuk perasaan menggantung beg seperti mayat dengan nama-nama pemimpin pro-kerajaan yang diberi vaksin. – AFP

    Ribuan tunjuk perasaan memprotes kerajaan Presiden Alberto Fernandez, berikutan skandal vaksin koronavirus yang memaksa menteri kesihatannya mengundurkan diri, di hadapan istana presiden Casa Rosada di Buenos Aires. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda